MAKLUMAT ASAS PERNIAGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menjalankan perniagaan menjual ke lapis Sarawak ini secara kecil-kecilan. Alhamdulillah kek lapis Sarawak ini amat terhad di sekitar kampung dan daerah.
Perniagaan ini mula ditubuhkan sekitar tahun 2010. Perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan.
Peningkatan perniagaan ini dilihat sangat mendadak sekitar tahun 2014 dari sekecil kecilan perniagaan, menjadi besar perniagaan. Perniagaan ini dibangunkan di sekitar Kuching, Sarawak yang beralamat Lot 1069, Jalan Sialang, Taman Bahagia, 93050 Sarawak.

Pembuatan kek Lapis Sarawak ini hanyalah di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita berketurunan Melayu yang menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek Lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek Lapis sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang. Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa di samping teksturnya yang lembap & lembut. Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’. Setelah 30 tahun berlalu, kek Lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.
Comments
Post a Comment